Most Post

Perkembangan Pondok Pesantren Suryalaya

Perkembangan Pondok Pesantren Suryalaya                 Masa KH Abdullah Mubarok bin Nur Muhammad (Abah Sepuh).                 Riwayat...

Rabu, 08 Agustus 2012

Haji Daud Bukit Abal 1906-1976


Syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd. Said Linggi. Adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu. Nama penuh ahli sufi ini ialah haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Lahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903.
Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya : Haji Ahmad Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Maulana Tok Khurasan.


Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd. Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd. Shafie Kedah (Tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan tarekat Ahmadiyah (termasuk ilmu ihsanuddin) kepadanya. Setelah kembali dari Makkah pada awal 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama dibeberapa tempat.


Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya, Haji Awang Limbat. Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan – mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengalaman zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular.


Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya. Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.


Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu). Ustaz Wan Hasan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs. Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam).


Sumber : Akhbar Malaysia, Other Web & Blog

By Abu Bakar Ahmad Mansor
S.Kom.I, CH,CHt,NNLP,M.SHOT


Haji Abdullah Tahir Bunut Payong 1897-1961


Salah seorang ulama’ besar negeri Kelantan yang masyhur  alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek,  Hj. Salleh Pedada dll.

Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg.Chepa,Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)

Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid  Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai  pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.

Di pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.

Kerana  kegigihannya yang sedemikian, maka tidak  peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid  berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, hj. ISMAIL Padang Lepai,  Hj. Abdullah Kok  Lanas,  Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman  Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor  Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong,Hj.  Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang,  Hj. Yahya joned Gurun,  Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj.  Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj.  Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.

Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932).Kematian fuqaha’ ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan  15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang  tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.


Sumber : Akhbar Malaysia, Other Website & Blog


By Abu Bakar Ahmad Mansor
S.Kom.I, CH,CHt,NNLP, M.SHOT

Haji Abdul Malek Sungai Pinang 1834-1934


Tokoh guru pondok  akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang seangkatan dengan Tok Mesir,  Tok Ayah Kerasak, Hj. Nik Mat Dagu dan Hj. Ismail Pengkalan Paung, rakan akrab Hj. Abdul Latiff Jalaluddin (Bilal Masjid Kota Bharu).

Nama penuhnya ialah Hj. Abdul Malik bin Hasan, lahir di Kg. Sungai Pinang, Tumpat sekitar 1834 dari kalangan keluarga yang sangat miskin. Menuntut ilmu di Patani dan kota suci Mekah selama 14 tahun.  Beliau masyhur alim al-Quran dan kitab jawi..

Selain mengajar al-Quran dan kitab jawi, beliau banyak terlibat dalam usaha membanteras amalan khurafat dan syirik, termasuk memuja kubur serta amalan ilmu sihir.

Di  peringkat negeri pula, beliau turut tersenarai dalam panel ulama’ yang dijadikan pakarrujuk oleh Sultan Mansur Ahmad (dekad 1890-an) dalam menguatkuasakan undang-undang Islam seperti hukuman hudud kepada pencuri dan pembunuh (diarak keliling Pekan),  hukuman ta’zir kepada orang yang tidak berpuasa dan tidak menutup aurat (dilumur belaking).

Kebanyakan murid-murid Tuan Guru Hj. Abdul Malek  di berkati Allah dengan ilmu mereka serta berjaya melahirkan barisan pendidik pelapis pada zaman masing-masing.

Antara murid-murid kenamaannya ialah Tok Jerulong@ Hj. Mohd.  Said Muhammad, Hj. Samat Hasan Padang Chenok, Hj. Che Mat Taib PasirPekan Hilir, Hj. Ismail Musa Temangan, Hj. Wan Abdullah  Kg. Chap/ Sg. Pinang, Wan Hj. Khatib Bemban /Binjai, Tok Kedah@Hj. Idris Penggawa Kangkong, Hj. Mahmood Ali (Imam Kangkong), Hj. Mohd Akib Ismail Kg. Kelar, Hj. Daud Saamah (bapa kepada Hj. Tuan Guru Hj. Saad Kangkong), Tuan Guru Hj. Ali Pulau Pisang, Tuan Guru Hj. Abdullah Senik (pengasas Pondok Padang di Pasir Mas), Tuan Guru Hj. Wan Ahmad  Abdul Halim (pengasas Pondok Padang Jelapang), Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Osman (pengasas Pondok Selehong), Tuan Guru Hj. Yusoff Abdul Rahman (pengasas Pondok Pulau Ubi), hj. Ibrahim Tok Raja (Mufti Kerajaan Kelantan) dan Hj. Seman Sering (kemudian lebih terkenal dengan nama Sheikh Osman Jalluddin al-Kalantani)


Datuk kepada Dato’ Dr Nik Safiah Karim (Profesor Adjung di Universiti Malaya) ini kembali ke  rahmatullah di Sg. Pinang pada malam Rabu 11/12 Ramadhan  1353 bersamaan 18  Disember 1934.



Sumber : Akhbar Malaysia, Other website


By Abu Bakar Ahmad Mansor
S.Kom.I, CH,CHt,NNLP, M.SHOT

Syeikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani 1880-1952


Salah seorang guru pondok dan ulama’ pengarang tersohor di Semenanjung Melayu pada suku kedua abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Tok Seridik, Haji Ismail Pontianak, Haji Omar Banggol Kulim, Dato’ Perdana, Haji Mat Jebeng. Beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi juga terbilang di Makkah.

Nama penuh tokoh ulama kelahiran Kg. Panjang, daerah Sering di sempadan jajahan Kota Bharu/Bachok pada penghujung 1297H/1880M ini ialah Haji Osman bin Muhammad. Lantaran itu pada peringkat awalnya beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering.

Beliau termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok Kenali. Juga pernah berguru dengan Haji Jamaluddin Perupok dan Haji Abdul Malek Sungai Pinang. Di Makkah pula, beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor (Syeikh Mohd. Mukhtar bin Atarid) yang ternama itu.
Namanya mula “timbul” selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi’ al-Ulum (1932) di Penanti, Bukit Mertajam. Madrasah ini kemudiannya muncul sebagai pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai, khususnya pada dasawarsa 1930-an dan 1940-an.

Sebagai pendidik yang dedikasi beliau banyak menghasilkan karya sendiri dan terjemahan. Syeikh Osman bukan sahaja berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karangan, tetapi juga selalu memilih topik yang berkait rapat dengan persoalan yang dihadapi oleh masyarakat. Kitab al-Durrat al-Nafi’ah (Alamat Kiamat) karangannya meletakkan beliau sebagai sasterawan Islam yang berpandangan jauh kerana ia dianggap buku berbahasa Melayu paling terperinci membicarakan perihal tanda-tanda dunia hampir kiamat.
Di samping itu Syeikh Osman kerap berulang-alik ke Makkah dan diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram. Sebab itu muridnya ramai. Mereka termasuk Hj. Abdul Rahman Sungai Durian, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Abdullah Lati, Hj. Abdullah Kg. Laut, Hj. Hassan Ketereh, Hj. Abu Bakar Tiu, Hj. Mohd. Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Hj. Ismail Merbok, Hj. Husein Umbai, Hj. Abdul Ghani Kubang Bemban dan antara yang masih ada lagi ialah Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin (lahir 1921), Ketapang Tengah, Pekan, Pahang.
Tokoh yang amat mementingkan istiqamah dan disiplin diri ini ditakdirkan meninggal di tanah suci Makkah waktu fajar hari Jumaat 30 Zulhijjah 1371 bersamaan 19 September 1952.



Sumber: Akhbar Malaysia, other blog

By Abu Bakar Ahamad Mansor 
S.Kom.I, CH,CHt, NNLP, M.SHOT

Haji Awang Lambor 1900-1963


Salah seorang guru pondok yang paling berpengaruh di Jajahan Tumpat pada pertengahan abad ke-20 Masihi. Seangkatan dengan Haji Mohd. Saleh Pedada, Haji Yaakub Kelong, Haji Daud Geting dan Haji Pak Man Berangan. Nama sebenar tokoh ulama’ yang dilahirkan di Kg. Padang Merbau, Lambor, Wakaf Bharu sekitar 1900 ini ialah Haji Abdullah bin Haji Omar.

Bapanya Haji Omar bin Haji Abdul Rahman – lepasan pondok di Patani – ialah seorang Khatib di surau mukim Jal Kecik, juga adik kepada Haji Yusoff bin Haji Abdul Rahman, Imam Tua mukim Meranti di Jajahan Pasir Mas. Datuknya, Haji Abdul Rahman yang berasal dari Kota Bharu Reman adalah Imam perintis di surau mukim Jal Kecik. Beliau sendiri bersepupu dengan Hajjah Zainab bt. Hj. Yusoff yang kemudiannya menjadi isteri kepada Tuan Guru Haji Mohd. Zain Meranti, guru awalnya.


Seorang sepupunya lagi ialah Haji Ahmad bin Haji Yusoff, Imam mukim Meranti yang meninggal dunia pada 21 Ogos 1961. Juga bertalian dua pupu dengan Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ali, Kg. Jalah, Bunut Susu (meninggal 2 Ogos 1931). Manakala Pak Chu Haji Mat Saman bin Haji Abu, guru al-Quran ternama di kawasan Lambor/Kubang Batang sebelum Bah Air Merah (1926) itu pula ialah abang iparnya. Kerana latar belakang keluarga yang sedemikian maka tidak hairanlah jika beliau sudah mula terdedah kepada pengajian asas agama sejak kecil lagi.


Selepas menuntut beberapa ketika dengan Tok Kenali dan Tok Selehong beliau pergi menamat di kota Makkah selama 9 tahun lagi. Barisan gurunya termasuk Syeikh Omar Hamdan, Tuan Mukhtar Bogor, Tok Senggora, Tok Shafie Kedah, Pak Cik Wan Daud Patani, Haji Sulong Patani, Pak Da Ail Patani dan Syeikh Muhammad bin Syeikh Nik Dir Patani. Pada 1934, pulang ke Kelantan iaitu mendirikan Pondok Lambor yang telah melahirkan tokoh-tokoh seperti Haji Mat Nor Rushdi Haji Awang Gagah (pengasas Pondok Tasat di Legor, Thailand). Haji Wan Mat Wan Saleh (pendiri Pondok Paya Ular di Bunut Susu), Haji Mohd. Nor Haji Abdullah (guru Pondok Teliar), Pak Su Che Wil Haji Abdul Rahman (Imam Tua mukim Delima), Pak Su Loman (Imam Bunut Susu), Haji Yaakub Awang, Kg. Jelutong, Gunong, Bachok dan Haji Che Wil Abdul Latif, Kg. Meranti Besar. Tuan Guru Haji Awang Lambor berpulang ke rahmatullah pada pukul 3 petang Sabtu 27 Zulkaedah 1382 bertepatan 20 April 1963 dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pondok Lambor, Wakaf Bharu.



Sumber : Akhbar Malaysia, Other Blog


By Abu Bakar Ahmad Mansor

S.Kom.I, CH,CHt,NNLP, M.SHOT

Senin, 28 November 2011

Tentang Penulis

ABU BAKAR AHMAD MANSOR
( S.Kom.I, M.A, CH, CHt, CI, MNLP)

PRESIDEN & PENGASAS -  MASTER TRANCE ACADEMY

INSTRUCTOR, EDUCATOR, CONSULTANT, SPIRITUALIST, THERAPIST,

HP : +60199942423 (Manager)
**********************************








Beliau merupakan seorang presiden dan pengasas Master Trance Academy. MTA adalah sebuah akedemi pelatihan yang bergerak dalam Pengembangan Sumber Daya Manusia atau lebih dikenal dengan Human Resources Development. Secara umum MTA bergerak dalam bidang agama dan sains sosial, manakala secara khusus dalam bidang kerohanian (spiritual), hypnosis, NLP dan terapi.


Selain itu, beliau merupakan lulusan Sarjana Sastera Pengajian Islam dari Universiti Utara Malaysia dan Sarjana Muda Komunikasi Islam dari Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, manakala kini beliau sedang melanjutkan pelajarannya ke pringkat PhD. Antara bidang yang diceburi adalah Pengajian Islam (Tasawuf & Tarekat), Komunikasi Islam (Dakwah), Pemikiran Islam (Falsafah), Sains Sosial (Psychology, Hypnosis, Neuro Linguistic Programming (NLP), Therapy, Drug Rehabilitation).


Beliau mempelajari Ilmu Agama Islam dari Pondok Pesantren Suryalaya, Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia dan Pondok Tahfiz Ar-Rahmaniah, Tumpat, Kelantan, Malaysia. Manakala Ilmu berkaitan Sains Sosial dipelajari daripada beberapa ilmuan dari Malaysia dan Indonesia melalui beberapa sesi pentauliahan dan pengkuliahan.


  

PENDIDIKAN FORMAL

Sek.Keb.Ismail Petra (1), Kota Bharu, Kelantan      

Sek.Men.Keb.Putera, Kota Bharu, Kelantan       
        
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan     

Universitas Latifah Mubarokiah,Tasikmalaya, Indonesia       
-Sarjana Muda Komunikasi Islam (S.Kom.I)

Universiti Utara Malaysia
- Sarjana Sastera Pengajian Islam (M.A)


PENDIDIKAN ISLAM TRADISIONAL

Pondok Tahfiz Ar-Rahmaniah, Tumpat, Kelantan

Pondok Pesantren Suryalaya,Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia       



PENDIDIKAN NON FORMAL 

Hypnosis SHOT-Indonesia
-Certified Master Trainer Spritual HypnOtivation Theraphy (M.SHOT)

IBH - Indonesian Board of Hypnotherapy
-Certified Hypnotist (CH)
-Certified Hypnotherapist (CHt)

ISHH - Indonesia School Hypnosis & Hypnotherapy
-Certificate of Attendance

Neo NLP Society, Indonesia
-Certified Neo Neuro Linguistic Programming Parctitioner(NNLP Parctitioner)

Radix Training & Consulting, Indonesia
-Certified Public Speaking

Master Trance Academy, Malaysia
-Certified Master Hypnotist (CMH)
-Certified Grand Master Hypnotherapy (CGMH)
-Certified Instructor (CI)

National Guilde of Hypnotists, America
-Certified Clien Centered Hypnotherapy (CCH)



Minggu, 18 September 2011

Pengangkatan Wakil Talqin


            Sebagaimana dimaklumi bahwa seorang pemimpin biasanya ada wakilnya, wakil ini digunakan atau bekerja melakukan pekerjaannya sesuai dengan tugas yang diberikan oleh pemimpinnya. Seorang kepala negara juga punya wakil sehingga untuk menanggulangi kemungkinan kekosongan pemimpin dikala pimpinan itu sedang tidak ada ditempat bertugas maka ditempat bertugas itu sudah ada wakilnya yang melaksanakan  pekerjaan pimpinan  itu. 

            Seorang wakil talqin  berkewajiban memberikan  talqin kepada siapa saja yang membutuhkan talqin, karena talqin tidak akan diberikan kepada orang yang tidak membutuhkan. Talqin dzikir tidak dapat diberikan oleh seorang guru di sekolah seba gaimana guru mengajar disekolah, tetapi memiliki prosedur tersendiri, yaitu orang yang mentalqin harus ma dzun (ada izin) dari syekhnya. Bagi seorang yang akan ditalqin harus  punya keinginan untuk diberi talqin dzikir, dan harus minta, baik minta langsung atau minta tidak langsung. Minta langsung artinya minta yang tidak melalui perantara, dan minta tidak langsung ialah melalui perantara, karena bila berombongan dan sudah ada yang minta maka mereka semua dianggap sudah minta, hal yang demikian berlaku dimana saja. 

            Untuk menjadi seorang wakil talqin dapat dipilih oleh Syekh Mursyid, ikhwan-ikhwan tidak dapat menentukan siapa yang akan menjadi wakil talqin, karena wewenang ada pada Syekh Mursyid. Syekh Mursyid dalam memilih wakil talqin pun tidak asal-asalan melainkan betul-betul selektip, karena tentu saja tanggungjawabnya lahir batin     

            Seorang Mursyid akan mengangkat wakilnya tentunya sangat selektip karena yang akan diberikan oleh wakil adalah sebuah Kalimah Toyyibah,  yang sangat beratsar, sebuah kalimah yang diucapkan oleh  nabi –nabi sebelum nabi Muhammad saw, yang menghasilkan dapat masuk Jannah, yang menjadikan tidak ada rasa takut di kuburnya dan diwaktu dibangkitnya, menjadikan diampuni segala dosa walaupun dosanya  sepenuh jagat raya, yang menjadikan suci jiwa si pengucapnya, sucidan bersih dari syirik jali dan syirik khofi , menjadikan si pengucap  orang yang kholison mukhlison, membersihkan kalbu dari ‘ala’iq-‘alaiq yang menjadi unsur-unsur hijab, menjadikan jiwa bersih dari rodzail (perbuatan rendah) yang bersifat hayawaniyah, dapat membawakan dzakir kearah mudawamah berdzikir, menjadi seorang yang shidiq, mukhlis, berilmu laduni, dan asrirul gaibiyah, dapat menyaksikan macam-macam ketajalliyan ilahiyah dengan syarat diambilnya dari Qolbin Taqiyyin Naqqiyyin dari selain Allah. Bukan memberikan sebuah kalimah yang didengan dari orang awam.walaupun ternyata bunyinya sama tetapi  ma’nanya berbeda /bermacam-macam. 

            Kalbu yang menerima benih tauhid dari kalu yang hidup, benihnya menjadi berkembang sempurna, sedang benih yang tidak sempurna tidak berkembang tidak tumbuh,  sesuai dengan sabda Nabi saw : 
اِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ  مَن قَالَ لاَاِلَهَ اِلاَّ اللهُ يَبْتَغِى بِذَالِكَ وَجْهَ اللهِ (بخارى مسلم)

Sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka bagi orang-orang yang membaca  La Ilaha illa Allah  yang mengharap wajah Allah  ( Buhro Muslim).

            Demikianlah orang yang dipilih Syekh untuk mewakilinya tidak sembarang pilih, tetapi betul-betul, karena dengan bashirohnya lah beliau akan memilih. 

Sumber :  Miftahus Shudur .

Diantara Orang Yang Menolak Tasawuf


Diantara orang yang menolak Tasauf

            Sudah mulai bermunculan orang membuat/mencetak buku yang ber isikan menolak tasauf, atau menolak torekat. Mereka merasa bahwa menurut ilmu penge tahuan mereka tasauf adalah salah, alasannya sangat bermacam-macam, namun bagi orang yang mendalami tasauf  kelihatannya biasa-biasa saja.
           
            Diantara mereka ada yang mengemukakan bahwa manakib atau kisah manakib adalah tidak benar, karena akal tidak akan dapat menerimanya. Bagi mereka yang menggunakan kisah manakib, kemudian meneliti juga, ternyata hasil mereka mengemukakan bahwa kitab manakib itu isinya menyangkut seluruh segi kehidupan dsari pada seorang Syekh  yang antara lain :
1.      Segi riwayat tentang jerih payah seorang Syekh dalam mencari ilmu-ilmu seperti Ilmu Fikih, Ilmu Adab, Ilmu Hadits, Tafsir, Ilmu Thariqat, sehingga beliau menjadi dikenal sebagai ulama besar yang mahir soal ilmu alat dan lain-lain.
2.      Segi mengenai bagaimana keteguhan hati beliau dalam memegang ketentuan hukum Allah, terhadap yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, ( baca kisah mengaku-ngaku sebagai Tuhan kepada Syeh Abd Qodir Al Jaelani
3.      Segi kekeramatannya, karena sudah bukan rahasia lagi bahwa Syekh Abd Qodir Al Jaelani adalah seorang Waliyullah.
4.      Segi tentang kehidupan bermasyarakat Syekh Abdul Qodir Al Jaelani. Bagaimana sikap, tindak tanduk dirinya dalam menghadapi guru yang pernah mengajarkannya ilmu itu, demikian juga sikap beliau  terhadap orang kaya dan miskin, penguasa dan rakyat kecil  dan sebagainya.

Dari sini kita tahu bahwa kitab-kitab yang menjelaskan  tentang manakib adalah memberikan penjelasan bukan hanya kekeramatannya saja melainkan banyak segi-segi lainnya yang dijelaskan didalamnya. Tetapi sebagian orang membacanya hanya berkisar kepada yang mengenai kekeramatannya saja, mereka tidak teliti  sehingga berani mengatakan  kitab manakib seperti itu merusak Aqidah Islam.
           
            Sejak zaman sebelum Rasulullah saw lahir dan sesudah wafatnya manakiban sudah ada dan diterangkan dalam Al Qur’an. Contoh manakib yang ada dalam Al Qur’an seperti  manakib Maryam, Dzul Qornain, Ashabul Kahfi,  dan lain-lain. Dan setelah Nabi wafat banyak kita dapati manakib dalam hadits shahih seperti manakib Abu Bakar, Umar, Ali, Hamzah, Abi Sa’id, At Tijani, Syekh Abdul Qodir, dan sebagainya.  Dan dalam Al Qur’an pun disebutkan
وَمِنْهُمْ مَنْ قَصَصْنَا عَلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ لَمْ نَقْصُصْ  عَلَيْكَ  المؤمن 87
“Sebagian dari mereka telah aku ceriterakan kepadamu dan sebagian lainnya  belum aku ceruterakan kepadamu “

ayat ini diperkuat dengan ayat lain sbb:
وَرُسُلاً قَدْ قَصَصْنَهُمْ عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَرُسُلاً لَمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ وَكَلَّمَ اللهُ مُسَى تَكْلِيْمًا النساء 164
Dan Kami telah mengutus rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan  tentang mereka kepadamu .Dan Allah telah berbicara kepada Musa  dengan langsung.

Dari ayat ayat diatas bila diteliti dapat diambil  beberapa pengertian sebagai berikut :
1.      Kita dianjurkan Allah untuk bangkit mengadakan penelitian sejarah, baik dari sumber Al Qur’an, Al Hadits atau dari sumber lain yang dapat dipercaya.
2.      Bila sejarah sudah diteliti maka hasilnya dianjurkan untuk diceriterakan  kepada umat secara lisan maupun tulisan.
3.      Terjadinya pengertian itu karena banyak sekali sejarah para Nabi, sejarah Shalihin, sejarah Auliya,  yang belum diterangkan Allah dalam Al Qur’an

            Berdasarkan hasil penelitian yang bersifat hipothesis, telah membuktikan bahwa pada zaman permulaan Islam di Indonesia terutama di Jawa  para mubaligh Islam yang dipimpin oleh walisongo telah mengajarkan kepada masyarakat Islam tentang ilmu tarekat , manakib dan amalan –amalan lainnya yang selaras denngan itu  Praktek seperti ini ternyata berjalan dan berkembang  terus sampai sekarang bahkan oleh masyarkat Islam hal tersebut  dijadikan sebagai sarana  dakwah  Islamiyah. .    

Praktrek upacara manakib terus berkembang, dan disatu tempat dengan tempat lain dapat berbeda, namun hanya kaifiyat saja, sedangkan intinya sama misal: Disatu tempat melaksanakan manakib dengan disiapkan dahulu makanan makanan yang tertentu misal ada tumpeng, panggamh ayam, dan lain lain, dan setelah selesai  makanan itu dimakan bersama sama dan, sisanya dapat dibawa pulang masing-masing.

Ditempat lain tidak demikian melainkan cukup dengan kaum muslimin berkumpul dan upacara dimulai dan salah satu isi acaranya adalah membacakan Layang Syeh (sejaran Syeh Abdul Qodir Jaelani).Setelah selesai ada sekedar makanan yang bukan diada-adakan  dan mereka makan bersama.
Ditempat lain melaksanakan manakiban kalau ada kepentingan , misal mau hitanan anak atau mau menikahkan, atau sedang  mengadakan syukuran karena mendapat nikmat. Yang demikian biasanya bentuknya adalah berupa pengajian atau tablig Agama Islam.
Pada tempat-tempat lain pun ada juga yang berbeda beda, dan disini tidak akan diuraikan dari bentuk bentuk lain karena keterbatasan. Tapi yang jelas bahwa dalam upacara manakiban dibacakan sejarang seorang tokoh Islam, dan biasanya yang dibacakan adalah sejaran Syekh Abdul Qodir Al Jaelani. 

            Maksud mengadakan upacara manakib.
Upacara manakib iani mempunyai istilah yang berbeda-beda misal disatu tempat disebut dengan  manakiban  ditempat lain disebut dengan pembacaan layang syeh di tempat lain disebut dengan  Dulqodiran  dan mungkin ada lagi istilah yang digunakan masyarakat. Mereka mengadakan manakiban masing masing mempunyai maksud yang diantaranya :
1.      Untuk menghormati mencintai dzurriyah Nabi Muhammad saw seperti dinyatakan dalam Al Qur'’an
قُلْ لاَ اَسأَلُكُمْ عَلَيْهِ اَجْرًا اِلاَّ الْمَوَدَّةَ فِى الْقُلُوْبْ الشورى 23
Sesungguhnya Aku tidak meminta  kepadamu  sesuatu apapun atas seruanku , kecuali kamu berkasih sayang  terhadap keluarga,

Pengertian keluarga disini adalah keluarga Nabi saw, pernah dalam persdoalan ini diantara shahabat ada yang bertanya tentang keluarga dan Nabi saw menjawab:  keluarga Ali bin Abi Talib beserta Fatimah, keluarga ‘Aqil, keluarga Ja’far, dan kelu-
Arga Abbas.
2.      Untuk mencintai para Solihin, Auliya dan lain-lain. Sebagaimana anjuran Nabi saw  (dalam Fathul Baari)
مَنْ عَادَى لِى وَلِيًا فَقَدْ اَذَنْتُهُ  بِالْحَرْبِ   رواه البخارى  عن ابى هريرة
Siapa saja yang memusuhi Wali Ku  maka Aku umumkan perang  kepadanya.
3.      Untuk mendapat berkah, sebagaimana di terangkan dalam kitab Gausul ‘Ibad , yang disusun oleh Abus Shoif, halaman 32 
لَقَدْ رَاَى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ أُمَّ سُلَيْمْ تَجْمَعُ عَرَقَهُ فِى اَنِيَةٍ مَعَهَا وَكَاْنَ نَائِمًا فَاسْتَيْقَظَ وَقَاْلَ : مَاْ ذَاْ تَصْنَعِيْنَ يَا أُمَّ سُلَيْم , فَقَاْلَتْ  هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلُهُ فِىْ طِيبِنَا وَهُوَ اَظْيَبُ الطِّيْبِ , وَفِى رِوَايَةٍ اَنَّهَا قَالَت: يَا رَسُلَ اللهِ نَرْجُو بَرَكَتَهُ لِصِبْيَانِنَا فَقَالَ لَهَا عَلَيْهِ  الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
مُقِرًّا  وَمُشْجِعًا وَمَادِحًا : أَصَبْت.     رواه الشيخان  والنسائى
Rasulullah saw melihat Ummu Sulaim mengumpulkan  air keringatnya Nabi saw dalam satu tempat  dimana Nabisedang tidur, tiba-tiba Nabi terbangun seraya berkata “apa yang kamukerjakan hai Ummu Sulaim ?. Jawabnya “ air keringatmu ini akan ku jadikan wangi wangian, karena ini wewangian yang paling harum. Dalam satu riwayat  Ummu Sulaim menjawab “Hai Rasulullah aku berharap barakahnya air keringatmu ini untuk anak anakku . Nabi bersabda dengan pernyataan  yang penuh kesungguhan sambil memuji “ Silakan kamu “
4.      Untuk bertawasul  dengan Syekh Abdul Qodir Jaelani karena Allah semata.
يَا يُهَا الذِّيْنَ اَمَنواْ اِتَّقُوُا اللهَ وَابْتَغُواْ اِلَيْهِ الْوَسِلَةَ  وَجَهِدُوأ فِى سَبِيْلِهِِ لَعَلكُمْ تُفْلِحُوْنْ المائدة 35
Hai orang-orang yang beriman, patuhlah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan kepadaNya  dan berjuanglah dijalan Allah  supaya kamu menjadi  orang yang beruntung .
5.      Diantara mereka ada juga yang bernadzar

_________
Sumber : Imron ABA .